Friday, July 10, 2009

Mamat mau n sudah pindah...


Pindahlah sudah aku ke..

http://mamatsyafiqanwar.wordpress.com/

cau cin cau..adios!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

hohoi

testing3..

Thursday, June 18, 2009

Korek hati...clorox otak...baru sedar diri.



”Sunnatullah menyaksikan mereka yang berusaha akan berjaya. Mamat perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Tapi jangan sesekali mengaitkan muqaddimah dengan natijah. Apa sahaja keputusan yang Mamat perolehi semuanya dalam pengetahuanNya. Tiada lagi kesedihan dalam hati setiap Muslim yang memahami hal ini kerana dia mengetahui bahawa Allah penentu segalanya”.

Tapi...perkara yang penting bukanlah hanya berusaha. Macam mana amalan harian ko pun dah boleh tau ko ni berjaya ke x.

Qiyam memang dah tinggal habis, solat tunggang-langgang, khusyuk..apatah lagi. Time skolah dulu bukan main lagi...huh!!!!!


Hakikatnya.. segala amalan menentukan kesannya. Tak payah la nak pelik ,bila tengok org yg study sikit, sembahyang tunggang-langgang, perangai jahanam etc.. tu adalah antara orag2 yg berjaya. Sebab semuanya Allah punya kerja.

Orang kata, BERUBAH!!! Kalau gagal, maknanya cara yg digunapakai sebelum ni salah.. AMAT SALAH. Ko paham x Mamat??? Aku lempang ko karang!!!


THE DAMN RESULT

Malay- blom dpt lg
English- 5
Bio - 4
Chem - 5
Math - 4
Economics - 5

Kalo Malay 6, dpt 29 je la. Kalo 5, lagi down. Aku dah x de rase malu lg nak show off result nih.
Harap je roomate ng Isky n Izzat. X de perubahan Sem 3 ni.. x tau la.
INSYAALLAH ada!!!!

Monday, June 15, 2009

2 tahun-tahun 2


salamalaik...

Hahahahah...hari ini Mamat jd budak IB tahun 2 KMS.
Namun permulaan yg kurang baik apabila dirinya menjadi bahan ujikaji sepanjang hari.
Ambik ko Mamat!!!!!! haaaa.....baru ko tau. hahahah..

Kena plak dpn Dr. Noraini..kah3
Maka terpaksalah en.Mamat join mereka menggelakkan dirinya sendiri.....wkakakakakak
Terima kasih kawan2...
mwoahahah
Pikir2 balik, baiknya benda ni 1 je. Boleh jd bahan nak borak mungkin 10 atau 20 tahun lagi. Kalo x... mungkin ade gak benda2 baik lagi. Tapi x nak la menjadi seperti beliau di atas nih..walaupun kerja mcm di dpt income banyak..

Tu je la....chiao...Wassalam..



p/s: "Time cuti hari tu je dah 2 kali kena kejar dngan ANJING..ada ke mengenakah"
tanya en. Mamat kepada dirinya sendiri..haha

Friday, June 5, 2009

Test Bran

Maka hari itu,(1/6/09), berlakulah satu episod cuba nasib yang mungkin kali pertama dicubai oleh ‘mamat’ (boleh ditafsirkan ‘mamat’ secara umum @ ’mamat’ Syafiq Anwar ini). Dah lama ‘mamat’ itu plan nak buat, tapi tak pernah juga dibuat. Kali ni, memang ‘mamat’ nekad. Confirm, silap langkah, nasib ah...

Sebab apa????


Cuak mungkin, gelabah, belum ada keberanian.... Tapi dulu ‘mamat’ dah buat satu perjanjian secara x rasmi dengan seorang kawannya. Bunyinya lebih kurang macam ni, “Kali ni aku tak main-main lagi. Serius. Aku akan cuba sampai dapat”. Lepas tu, gelak besar. Tapi, member ‘mamat’ cakap dia akan sokong. Hehe.. ada gak supporter.

Ceritanya mula macam ni, lepas sembahyang Asar kat masjid, ‘mamat’ tak ikut pun imam baca doa. Lepas bagi salam, baca doa sikit je, “Rabbana atina fiddunya hasanah.......wal hamdulillahi rabbil alamin”, terus cau. Mungkin sebab tu misi kali ni gagal. Tak baca doa. Cabut. Keluar masjid. Terus pergi kat tempat tu.

Sampai je, bukak pintu, ada sorang Cina lelaki tengah jaga tempat tu. Sengih je sikit kat dia. Cina tu faham. Terus bergerak. Kena masuk lalu pintu satu lagi. Terus pergi kat bahagian paling belakang sekali. Takde hal punya ah, janji jalan. Kali ni, ‘mamat’ nak pastikan ‘orang itu’ ada kat situ. Malam sebelum tu, lepas sembahyang Isyak kat masjid, ‘mamat’ ada pergi gak kat tempat tu. Tapi HAMPEH, HABUK pun tadak. ‘Orang itu’ tak de. ‘mamat’ tunggu gak. Sampai nak pukul 12. Sah, ‘orang itu’ takde malam tu.
Tapi petang tu, Alhamdulillah, ‘orang itu’ ada gak ...
Tapi ‘mamat’ pulak yang teragak-agak. “Nak tegur ke, x nak? Nak tegur ke x nak?”.
Argh!!!! ‘mamat’ fikir, kalau kali ni tak buat, agaknya boleh cuba sekali lagi. Tapi bila?? Dah la nak masuk tempat ni kena bayar. Kalau nak buat masa habis cuti nanti lagi la susah.

‘mamat’ pun terus menghala kearah ‘orang itu’. Dah duduk agak lama, baru tegur ‘orang itu’. Ni dialog dia, sikit je.

‘mamat’: Salam

‘mamat’ tunggu agak lama. ‘Orang itu’ tau itu ‘mamat’. ‘Orang itu’ tak layan je masa tuh. ‘mamat’ rasa, ‘orang itu’ tengah buat benda lain gak masa tu. ‘mamat’ pun tanya lagi.

‘mamat’: Betul ke ......................................................................................................?
Dialog ini terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu. ‘mamat’ kena selamatkan dirinya sebab ini adalah hanya episode cuba nasib sahaja.

‘Orang itu’: Tak lah. Kalau nak tau lebih lagi, g tanya _ _ _ _.

‘mamat’: Hak3...

Adus, ‘mamat’ dah x tau nak cakap apa lagi. ‘Orang itu’ pulak diam je.... Takkan ‘mamat’ nak pergi menghadap si _ _ _ _ tu. Habis la. Episod cuba nasib akan menjadi nasib tak baik la maknanya.

Lepas tu, ‘orang itu’ pun out. ‘mamat’ stay lagi. ‘mamat’ nampak kat situ ada gambar ‘orang itu’. ‘mamat’ pun tengok la satu-satu. Agak-agak jam dah pukul 6, ‘mamat’ pun cau. Kena jumpa lelaki Cina tu dulu, baru boleh settle. Kalau tak jumpa, mau kena belasah kat situ jugak. Nak mati???

Habis la episod cuba nasib ni. Hakikatnya, ‘mamat’ tak dapat apa yang dihajatkan. Kalo ada orang lain nampak atau tau apa yang ‘mamat’ buat ni. memang sah x selamat lagi. Nampaknya ‘mamat’ kena belajar lagi untuk settlekan perkara2 macam ni.

Kepada ‘orang itu’, ’mamat’ cakap, I’ll never give up.


Cau cin cau. Adios......
Mungkin episode cuba nasib ini akan berlaku lagi. Mungkin.... Insyaallah.

“Faiza ‘azamta fatawakkal ‘alallah. Innallaha yuhibbul mutawakkilin”
“Barangsiapa yang mempunyai azam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal”




'mamat' salah teknik sbnarnya. 'mamat'kena kenal dulu org tu. Ni x kenal, main serbu je!!!!!!!! Haish...

Friday, May 29, 2009

AISUNAM vs TOBOR


SALAM'ALAIK...


hahaha. Paham x apa aku tulis kat title atas tuh...
Td ptang lpas smayang Jumaat berjaya gak aku g Jusco. Bdak IB baru abes exam la tu kononnya. Huh!!!!! Alhamdulillah, habis gak program pemanasan krusi kat dewan exam tuh. Kalo aku duduk atas kerusi tu straight 5 hari, rasanya cukup kepanasannya utk masak air..kah3, bajet la lu Mamat..

Actually, the title above is MANUSIA vs ROBOT

What is human actually????

the best!!!!!


It was about the war between human n robot...
Which 1 is better???? look at the picts below plak



ada lagi.....

What the hell??? aku rase robot kalo boleh beranak pon x kan buang anak cam nih...



Ntah. Aku pon x ta ape nak cakap...Lpas tengok Terminator Salvation td, aku terpikir mcamane kalo btollah manusia tu sama banyak ng robot kat donia nih.
Buat anak pandai...haish.
What are the real solutions????? Pak Najib...x kan tengok n jengok je. Slogan 1Malaysia. Macam mantop dah, tp....banyak tapinya tuh.
Korang nikmati la pics ni sendiri. Gambar robot bergaduh dgn manusia & manusia bergaduh dgn diri sndiri. Wassalam...=p

Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati”
As-Sajadah, ayat 9

Monday, May 18, 2009

lawak amat........

Ada ke patut nak samakan perjuangan dia yg x btol dgn Nelson Mandela n Mahatma Gandhi. Buat lawak biar berpada-pada sket....jengah kat sini
http://www.zambry.com/